ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
Bab XVIII - DARIHAL PENYEMAKAN



Seksyen 154. Kuasa untuk meminta rekod dari Mahkamah bawahan.

Mahkamah Rayuan bolehlah meminta dan memeriksa rekod mengenai pembicaraan di hadapan Mahkamah bawahan untuk tujuan memuashatikan dirinya terhadap betulnya, atau berpatutan mana-mana keputusan hukuman atau perintah yang direkodkan atau diumumkan dan terhadap kesempurnaan mana-mana perbicaraan Mahkamah bawahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.