ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 149. Notis rayuan.

(1) Setiap rayuan hendaklah dikemukakan dengan notis bertulis dan hendaklah difailkan dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah yang membuat keputusan yang hendak dirayu dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan dibuat.

(2) Setiap notis rayuan hendaklah dinyatakan secara ringkas isi penghakiman yang dirayu, dan hendaklah mengandungi satu alamat di mana notis atau dokumen berhubung dengan rayuan boleh disampaikan kepada perayu atau Peguam Syarienya dan, kecuali di mana notis rayuan dibuat secara lisan di bawah seksyen 152, hendaklah ditandatangani oleh perayu atau Peguam Syarienya.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.