ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN III - JEMAAH PENGURUSAN



Seksyen 5. Jemaah Pengurusan

(1) Sebelum sesuatu sekolah Islam dibenarkan untuk didaftarkan di bawah Enakmen ini maka hendaklah ada satu suratcara yang menubuhkan Jemaah Pengurusan untuk Sekolah Islam itu dan suratcara itu hendaklah difailkan dengan Pendaftar.

(2) Jemaah itu hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tujuh orang yang hendaklah memegang apa-apa jawatan yang perlu bagi mana-mana Sekolah Islam yang tertentu dan mempunyai apa-apa kuasa dan tugas yang ditetapkan oleh suratcara itu.

(3) Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh menjejaskan kuasa Pendaftar di bawah Enakmen ini berhubungan dengan kelayakan, penolakan dan pemecatan mana-mana anggota Jemaah; dan jika terdapat apa-apa ketakkonsistenan di antara peruntukan dalam suratcara dan peruntukan Enakmen ini berhubungan dengan perkara tersebut, peruntukan Enakmen ini adalah mengatasi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.