ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XIV - HUKUMAN DAN MENJALANKANNYA



Seksyen 122. Penggantungan perlaksanaan hukuman dalam kes-kes tertentu.

Jika seseorang pesalah dikenakan hukuman denda sahaja dan dipenjarakan kerana tidak membayar denda itu dan Mahkamah mengeluarkan suatu waran di bawah seksyen 124, Mahkamah boleh menggantungkan perlaksanaan hukuman penjara itu dan boleh melepaskan pesalah dengan mengikat jamin, dengan penjamin sebagaimana Mahkamah berpendapat patut, dengan syarat ia hadir di hadapan Mahkamah pada hari yang ditetapkan untuk memulangkan waran itu, yang mana hari itu tidak boleh lebih daripada lima belas hari dari tarikh dikenakan bon jamin itu, dan sekiranya denda tidak dibayar juga Mahkamah boleh mengarahkan supaya hukuman penjara dilaksanakan dengan segera.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.