ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN III - BAITUL-MAL, ZAKAT DAN FITRAH DAN WAKAF
KIRA-KIRA



Seksyen 55. Perbelanjaan-perbelanjaan Majlis.

Semua harga-harga, pembayaran-pembayaran dan belanja-belanja mentadbirkan harta dan harta benda yang diserahkan kepada Majlis, termasuk harga memelihara dan membaiki sesuatu harta yang tidak boleh dialih, gaji-gaji dan biaya-biaya sekelian kakitangan Majlis, dan bayaran-bayaran dan biaya-biaya yang kena dibayar kepada seseorang pegawai atau anggota Majlis berkenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan, yang sedemikian itu, hendaklah dibayar daripada harta dan harta benda Baitul-Mal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.