ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXIV - PEMBICARAAN BANTAHAN



Seksyen 191. Perbicaraan.

(1) Kecuali jika harta itu dilepaskan seperti tersebut, Mahkamah hendaklah memberi kepada si piutang perlaksanaan dan pembantah suatu notis perbicaraan bantahan itu tidak kurang daripada dua hari genap dan bantahan itu hendaklah dibicara dan diputuskan seperti juga ia adalah suatu tindakan di mana pembantah adalah pihak menuntut dan si piutang perlaksanaan pihak kenatuntut.

(2) Belif tidak boleh menjadi salah satu pihak dalam pembicaraan ini kecuali jika Mahkamah mengarah sedemikian.

(3) Jika Mahkamah memutuskan untuk pembantah, harta itu hendaklah diserahkan kepadanya dan atas permintaannya, Mahkamah bolehlah mengawadkannya suatu amaun berpatutan sebagai ganti-rosak kerana kehilangan penggunaan, kelusuhan atau kerosakan harta itu dan kos pembicaraan bantahan itu. Jika harta itu telah dijual, Mahkamah hendaklah mengawadkan nilai yang sebenarnya harta itu yang mungkin akan melebihi amaun yang terdapat dari penjualan dan kos.

(4) Jika Mahkamah tidak memutuskan untuk pembantahan ia boleh mengawad pada si piutang perlaksanaan apa-apa perbelanjaan tambahan yang telah dilakukan dalam perlaksanaan oleh sebab bantahan itu dan kos pembicaraan bantahan dan perlaksanaan hendaklah diteruskan.

(5) Jika pembantah tidak menuntut hak ke atas harta itu tetapi kepentingan di atasnya, Mahkamah boleh memerintahkan penjualan harta itu atau membuat perintah sepertimana yang difikirkan patut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.