ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI - MAKLUMAT KEPADA PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT



Seksyen 54. Penerimaan salinan maklumat yang diakui sah sebagai keterangan.

Dalam mana-mana prosiding di bawah Enakmen ini, satu salinan Borang 5 yang mengandungi sesuatu maklumat yang dituliskan di bawah seksyen 53, dan yang disebutkan sebagai salinan yang sebenar oleh seorang Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah diterima sebagai keterangan mengenai kandungan salinan asal itu dan mengenai waktu, tempat dan bagaimana maklumat itu telah direkodkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.