ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
ACARA DALAM PEMBICARAAN MAL



Seksyen 99. Pembelaan.

(1) Mana-mana pihak kena tuntut boleh memfailkan pembelaan bertulis dan hendaklah disampaikan kepada Mahkamah dan satu salinan bagi tiap-tiap pihak yang menuntut dan Mahkamah hendaklah menyebabkan supaya disampaikan.

(2) Jika pihak kena tuntut telah tidak memfailkan satu pembelaan bertulis pada masa mula-mula ia hadir dan tidak mahu berbuat demikian tetapi ingin mempertahankan tuntutan itu Mahkamah hendaklah menyelidik secara lisan alasan-alasan pembelaannya dan ia tidak boleh selepas itu menimbulkan alasan-alasan pembelaan yang lain dengan tiada kebenaran Mahkamah itu.

(3) Jika pihak kena tuntut hendak memfail pembelaan, Mahkamah hendaklah menetapkan satu tempoh masa dalam mana ia hendaklah berbuat demikian yang biasanya tiada kurang daripada tujuh hari sebelum pembicaraan.

(4) Jika pihak kena tuntut itu hendak membangkitkan perkara-perkara dengan cara tuntutan balas, Mahkamah boleh samada membenarkan ianya berbuat demikian atau mengarahkan ianya memulakan pembicaraan berasingan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.