ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
PERATURAN AM



Seksyen 72. Keterangan.

(1) Mahkamah hendaklah mengikut segala peruntukan Hukum Syarak berkenaan dengan bilangan, taraf atau kualiti saksi-saksi untuk keterangan yang dikehendaki bagi membuktikan satu-satu perkara. Selain daripada yang telah disebutkan, Mahkamah hendaklah mengambil perhatian di atas undang-undang keterangan yang berjalan kuatkuasanya pada masa itu di dalam Negeri dan hendaklah berpandu di atas prinsip-prinsip undang-undang itu tetapi tidaklah terpaksa mengikutnya dengan tepat.

(2) Keterangan hendaklah pada lazimnya dibuat dengan sumpah dalam bentuk yang mengikat diri orang-orang Islam tetapi atas alasan-alasan yang khas Mahkamah boleh meninggalkan sumpah dan mengambil keterangan dengan pengakuan. Pengakuan hendaklah dibuat seperti ini:

"Bahawa saya ............................................ (sebut nama) dengan sesungguhnya dan dengan suci hati mengaku apa yang hendak saya sebutkan di dalam perkara ini adalah benar tiada apa-apa yang tidak benar melainkan benar belaka". Samada dengan sumpah atau pengakuan seseorang saksi itu hendaklah menyatakan yang benar.

(3) Jika pada pendapat Mahkamah mana-mana saksi telah dengan sengaja memberi keterangan palsu di dalam mana-mana pembicaraan Mahkamah boleh melapurkan perkara itu kepada Pendakwa Raya atau timbalannya, atau boleh dijalankan kuasa-kuasa yang dalam seksyen 14 Akta Sumpah dan Pengakuan, 1949, telah diberikan kepada Pengadil kelas satu di dalam perkara-perkara yang seperti itu tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang ditentukan di dalam Seksyen itu. Sesiapa yang dihukum di bawah peruntukan seksyen-kecil ini adalah berhak merayu seolah-olah ianya akan dihukum di bawah Akta itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.