ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN I - KERELEVENAN
BAB 2 - QARINAH
Iqrar



Seksyen 17. Takrif iqrar.

(1) Iqrar ialah kenyataan yang dibuat seseorang di bawah obligasi tertentu kepada seseorang tentang sesuatu hak orang lain ke atasnya yang dibuat secara lisan, tulisan atau isyarat dan yang dibuat oleh mana-mana orang dan di dalam mana-mana keadaan yang disebutkan kemudian.

(2) Iqrar yang dibuat di luar Mahkamah hanya boleh diterima jika dibuat di hadapan dua orang saksi adil.

(3) Iqrar wakil dalam prosiding bagi pihak orang yang memberi wakil yang dibuat di hadapan Hakim boleh diterima.

(4) Iqrar dalam kes zina hendaklah diterima jika dibuat di hadapan Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.