ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XIX - TINDAKAN MENGENAI BEBERAPA KESALAHAN-KESALAHAN BERKENAAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 163. Kuasa mengurangkan hukuman.


Apabila sesebuah Mahkamah di bawah seksyen 160 telah menghukumkan seorang pesalah kerana enggan atau tidak membuat apa-apa yang dia telah dengan sahnya dikehendaki membuat atau dengan sengaja menghina atau mengganggu Mahkamah itu boleh, atas budibicaranya, melepaskan pesalah itu atau mengurangkan hukuman itu apabila orang itu telah mematuhi perintah atau permintaan Mahkamah atau jika dia telah meminta maaf dengan memuaskannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.