ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
BILA PENGHAKIMAN MAHKAMAH RELEVAN



Seksyen 32. Fraud atau pakatan dalam mendapatkan keputusan atau ketiadaan kelayakan Mahkamah boleh dibuktikan.

Mana-mana pihak dalam sesuatu guaman atau prosiding lain boleh menunjukkan bahawa sesuatu penghakiman, perintah atau dekri yang relevan di bawah seksyen 28, 29 dan 30 yang telah dibuktikan oleh pihak lawan, telah diberi oleh Mahkamah yang tak kompeten memberinya ataupun telah diperolehi dengan fraud atau pakatan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.