ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN I - KERELEVENAN
BAB 2 - QARINAH
Kenyataan oleh orang yang tidak boleh dipanggil sebagai saksi.



Seksyen 20. Hal-hal dalam mana kenyataan fakta yang relevan oleh seseorang yang telah mati atau tidak dijumpai dan sebagainya adalah qarinah.

(1) Kenyataan, bertulis atau lisan, mengenai fakta relevan yang dibuat oleh seorang yang telah mati atau yang telah tidak dapat dijumpai atau yang telah menjadi tidak berupaya memberi keterangan atau kehadirannya tidak boleh didapatkan tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat Mahkamah tidak berpatutan, memandang kepada keadaan hal itu adalah sendirinya qarinah dalam hal-hal berikut-

MISALAN
(2) Keterangan mengenai kenyataan itu tidak boleh diterima di dalam kes hudud dan qisas menurut Hukum Syarak.

(3) Keterangan mengenai kenyataan itu hendaklah diberi oleh sekurang-kurangnya dua orang saksi lelaki atau seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan.

(4) Keterangan mengenai kenyataan itu tidak boleh diterima di dalam kes-kes berikut:





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.