ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2004


Tajuk Panjang & Mukadimah
SEBAGAI TANDA PERSETUJUAN DAN KEBENARAN
KAMI DAN UNDANG YANG EMPAT SERTA
TENGKU BESAR TAMPIN

(MOHOR KERAJAAN)
TUNKU NAQUIYUDDIN
IBNI TUANKU JA’AFAR
Pemangku Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan

26 Oktober 2004

Suatu Enakmen bagi mengadakan peruntukan yang berhubungan dengan wasiat orang Islam di Negeri Sembilan, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

DIKANUNKAN oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin, dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negeri seperti berikut:




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.