ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IV - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 64. Permohonan untuk Nikah.


(1) Sesiapa yang hendak nikah hendaklah mengisi borang-borang yang dikehendaki dan hendaklah ia menghantarkan borang itu kepada Pendaftar dan hendaklah sampai ke tangannya tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh nikah itu diakadkan kecuali perkahwinannya itu dikehendaki dengan segera atas sebab-sebab yang difikirkan munasabah oleh Pendaftar dan dalam keadaan ini syarat masa itu tidak dikehendaki.

(2) Jika seorang perempuan dalam Negeri ini hendak nikah di luar kawasan tempat tinggalnya, maka nikahnya itu bolehlah disempurnakan oleh Pendaftar di kawasan itu setelah sahaja ia mendapat keterangan tiada halangan daripada Pendaftar bagi kawasan tempat perempuan itu tinggal.

(3) Jika seorang perempuan dari negeri lain hendak nikah di Negeri ini, maka hendaklah Pendaftar bagi kawasan di mana nikah itu hendak disempurnakan mendapat terlebih dahulu keterangan yang penuh berkenaan perempuan itu daripada Kadi bagi tempat tinggal perempuan itu melalui Kadi Besar Negerinya. Setelah mendapat keterangan itu dan jika ianya tidak menghalang bagi perkahwinan itu diakadkan, maka baharulah perkahwinan itu disempurnakan.

(4) Jika seorang perempuan itu datang dari kawasan Pendaftar yang lain dalam Negeri itu atau dari negeri lain beserta dengan walinya dan membawa surat-surat pengesahan dari Kadi tempat perempuan itu tinggal, maka bolehlah akad nikah itu dilaksanakan oleh Pendaftar jika ianya puas hati dengan keterangan yang ada untuk membolehkannya menjalankan akad nikah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.