ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN IX - PERKARA-PERKARA KEWANGAN



Seksyen 95. Pendapatan daripada wakaf dan nazar.

(1) Pendapatan daripada sesuatu wakaf khas, jika diterima oleh Majlis, hendaklah digunakan olehnya mengikut peruntukan-peruntukan yang sah bagi wakaf khas itu.

(2) Pendapatan daripada tiap-tiap wakaf lain dan tiap-tiap nazar am hendaklah dibayar kepada dan menjadi sebahagian daripada Baitulmal.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.