ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
MESYUARAT MAJLIS



Seksyen 31. Rahsia.

(1) Perjalanan mesyuarat Majlis hendaklah dirahsiakan dan tiada seorang ahli atau penjawat Majlis boleh memberitahu kepada sesiapa, selain daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan atau mana-mana ahli Majlis akan sesuatu perkara yang telah berbangkit dalam mana-mana mesyuarat Majlis, kecuali dia dibenarkan atau dikehendaki berbuat demikian oleh Majlis:

Dengan syarat, bahawa subseksyen ini tidak terpakai kepada mana-mana perkara yang telahpun mendapat ampuni persetujuan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan.

(2) Mana-mana ahli Majlis tidak boleh mengundi di dalam mana-mana mesyuarat Majlis sehingga dia mengangkat dan menandatangani ikrar menerima perlantikan sebagaimana Jadual Ketiga di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan atau di hadapan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Baginda.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.