ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VI - NAFKAH TANGGUNGAN DAN HADHANAH



Seksyen 134. Nafkah anak yang belum cukup umur.

Seorang anak yang di bawah umur 18 tahun boleh dengan permohonan di dalam Mahkamah samada dibuat dengan sendiri atau melalui wakil sebagaimana yang disebutkan di dalam seksyen 98 (2) Enakmen ini mendapat perintah terhadap bapanya yang benar atau mana-mana orang lain yang patut menanggung anak itu supaya membayar dari semasa ke semasa belanja yang ia boleh berhak menerimanya mengikut Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.