ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XIX
Prosiding Mengenai Beberapa Kesalahan Berkenaan Pentadbiran Keadilan.



Seksyen 174. Acara ganti.

Jika Mahkamah dalam mana-mana kes berpendapat bahawa tertuduh dengan kesalahan yang disebut dalam seksyen 172 dan telah dilakukan dalam pandangan atau di hadapannya lebih baik diuruskan mengikut perjalanan biasa undang-undang, Mahkamah Syariah itu selepas mencatatkan fakta yang menyebabkan kesalahan itu dan kenyataan tertuduh seperti yang disebut itu boleh mengarahkan supaya tertuduh itu didakwa dan boleh meminta jaminan untuk kehadiran tertuduh itu di hadapan Hakim atau jika jaminan yang mencukupi tidak diberi boleh menghantar orang itu kepada Hakim untuk dibicarakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.