ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN V - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB 5 - PERUNTUKAN-AM TENTANG PERBICARAAN



Seksyen 109. Menahan pesalah yang hadir di Mahkamah.

(1) Mana-mana orang yang menghadiri suatu Mahkamah, walaupun tidak ditangkap atau disaman, boleh ditahan oleh Mahkamah itu untuk diperiksa bagi apa-apa kesalahan yang boleh diambil perhatian oleh Mahkamah itu dan yang, daripada keterangan, ternyata telah dilakukan olehnya, dan bolehlah dijaIankan tindakan terhadapnya seolah-olah dia telah ditangkap atau disaman.

(2) Apabila penahanan itu berlaku selepas suatu perbicaraan telah bermula, prosiding berkenaan dengan orang itu hendakIah dimulakan semula dan saksi-saksi didengar semula.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.