ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 97. Kesalahan yang belum dibicarakan.


(1) Bila dalam mana-mana pembicaraan jenayah yang dibawa oleh atau bagi pihak Pendakwa, orang yang dituduh didapati bersakah atas kesalahan Mahkamah boleh dalam menentukan dan dalam menjatuhkan hukuman, dengan persetujuan Pendakwa dan orang yang dituduh itu mengambil pertimbangan sebarang kesalahan lain yang masih belum dibicarakan atas kesalahan-kesalahan yang diakui oleh orang yang dituduh sebagai dilakukannya:

Dengan syarat bahawa jika sebarang pembicaraan jenayah ditangguh berkenaan kesalahan atau kesalahan-kesalahan yang belum dibicarakan dan pembicaraan itu tidak dibawa oleh atau bagi pihak Pendakwa, Mahkamah hendaklah terlebih dahulu berpuas hati yang orang atau pihakberkuasa yang menjalankan pembicaraan itu bersetuju berbuat demikian.

(2) Bila persetujuan diberi seperti dalam seksyen-kecil (1) dan kesalahan yang belum dibicarakan lagi diambil pertimbangan, Mahkamah hendaklah memasukkan atau menyebabkan dimasukkan hal itu kedalam rekod dan bila hukuman dijatuhkan, maka orang yang dituduh tidaklah boleh dituduh ke atas kesalahan yang telah diambil perhitungan itu melainkan sabit kesalahan itu telah diketepikan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.