ENAKMEN 14 TAHUN 1992
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1992

BAHAGIAN IV - AM



Seksyen 27. Jawatankuasa Rayuan Syarie.

(1) Sebelum Mahkamah Rayuan Syariah ditubuhkan di bawah Enakmen ini, kuasa Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah dijalankan oleh Jawatankuasa Rayuan Syariah yang mengandungi tiga ahli, iaitu Ketua Hakim Syarie yang akan menjadi Pengerusi, seorang ahli yang ada pengalaman dalam hal Mahkamah Syariah atau mahkamah sivil dilantik atas nasihat Majlis dan mendapat tauliah daripada Yang di-Pertua Negeri dan seorang lagi dipilih daripada sekumpulan seramai tujuh orang yang beragama Islam dilantik atas nasihat Majlis pada tiap-tiap tiga tahun dan mendapat tauliah daripada Yang di-Pertua Negeri.

(2) Dalam ketiadaan mana-mana ahli tersebut dalam subseksyen (1), Yang di-Pertua Negeri hendaklah melantik seorang penggantinya daripada kumpulan itu dan ahli yang terkanan hendaklah menjadi Pengerusi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.