ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN IX - AM



Seksyen 83. Pengecualian kaedah dan perlantikan.

Semua kaedah, pengisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran dan perlantikan yang dikeluarkan di bawah atau dengan kuasa, daripada mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Enakmen ini hendaklah kekal berkuatkuasa, selagi ianya tidak berlawanan dengan, atau digantikan dengan peruntukan Enakmen ini, sehingga dibatal atau diganti oleh kaedah perisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran, atau perlantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah peruntukan Enakmen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.