ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XVII -PERBICARAAN



Seksyen 118. Nota keterangan.

Mahkamah hendaklah mencatatkan keterangan yang diberi dan sekadar yang difikirkan patut, hujjah undang-undang yang dibuat, termasuklah mana-mana bantahan kepada keterangan, dan boleh mencatatkan pandangannya terhadap tingkahlaku saksi dan perkara-perkara lain yang matan. Mahkamah, kecuali jika ia memberi hukuman bertulis, hendaklah juga membuat nota hukuman atau perintahnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.