ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 131. Suami tidak tunai nafkah batin.

(1) Seseorang suami yang tidak menunaikan nafkah batin terhadap mana-mana isterinya dalam tempoh yang boleh mempengaruhi isteri melakukan maksiat adalah disifatkan sebagai tidak menunaikan tanggungjawab nafkah batin dan menjadi suatu kesalahan apabila diadukan oleh isteri kepada Mahkamah.

(2) Seseorang isteri yang membuat aduan mengenai kesalahan suaminya di bawah subseksyen (1), boleh memohon apa-apa perintah Mahkamah yang diharuskan oleh Hukum Syarak.

(3) Sesiapa yang disabitkan bersalah dengan sengaja di bawah subseksyen (1) boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.