ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XIV - DARIHAL HUKUMAN DAN PENJALANANNYA



Seksyen 119. Penggantungan pelaksanaan dalam kes-kes tertentu.

Apabila seseorang pesalah telah dihukum denda sahaja dan dihukum penjara kerana keingkaran membayar denda itu dan Mahkamah mengeluarkan suatu waran di bawah seksyen yang terdahulu sebelum ini, Mahkamah bolehlah menggantungkan pelaksanaan hukuman pemenjaraan itu dan boleh melepaskan pesalah itu apabila dia menyempurnakan suatu bon, dengan penjamin-penjamin, sebagaimana Mahkamah fikirkan patut, mensyaratkan dia hadir di hadapan Mahkamah itu pada hari yang ditetapkan bagi mengembalikan waran itu; dan sekiranya denda itu masih tidak dibayar Mahkamah boleh mengarahkan supaya hukuman pemenjaraan itu dilaksanakan dengan segera.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.