ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN XVI - AFIDAVIT



Seksyen 108. Ekshibit.

(1) Tiap-tiap ekshibit pada afidavit hendaklah ditandakan oleh orang yang mengendalikan seperti berikut-

"Ini ialah ekshibit yang ditanda " ................... " yang tersebut di dalam afidavit bertarikh ...................... yang diikrarkan di hadapan saya pada ............. 19........... ".

(2) Semua ekshibit hendaklah berada di dalam jagaan orang yang membuat afidavit, kecuali jika Mahkamah memerintahkan sebaliknya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.