ENAKMEN 3 TAHUN 1996
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VIII - PERKARA AM



Seksyen 57. Pemansuhan.

(1) Bahagian IX Undang-Undang Pentadbiran hendaklah terhenti terpakai bagi Negeri Pulau Pinang dan setakat itu hendaklah disifatkan telah dimansuhkan.

(2) Walaupun Bahagian IX Undang-Undang Pentadbiran dimansuhkan ("Bahagian termansuh") segala prosiding di bawah Bahagian termansuh itu, termasuk apa-apa rayuan daripada apa-apa rayuan daripada apa-apa keputusan mana-mana Mahkamah di bawah Bahagian termansuh itu, hendaklah diteruskan seolah-olah Enakmen ini tidak diluluskan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.