ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PENYELIA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
Bab VI



Seksyen 60. Hendaklah tiada apa-apa dorongan diberi.

(1) Tidaklah boleh mana-mana Penyelia Agama atau orang yang berkuasa menawar atau membuat apa-apa dorongan, ugutan atau janji kepada mana-mana orang yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan bagi mendorong orang itu membuat apa-apa kenyataan berkenaan dengan tuduhan terhadap orang itu.

(2) Tidaklah boleh mana-mana Penyelia Agama atau orang lain menahan atau menghalang dengan apa-apa amaran atau dengan cara lain mana-mana orang daripada membuat dalam masa penyiasatan di bawah Bab ini apa-apa kenyataan yang dia mungkin bersedia membuatnya menurut kemahuannya sendiri.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.