ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN II - BUKTI
BAB V - KETERANGAN DOKUMENTAR
Seksyen 52. Hal-hal di mana keterangan sekunder berhubungan dengan dokumen boleh diberi.
(1) Keterangan sekunder boleh diberi mengenai kewujudan, keadaan atau kandungan sesuatu dokumen yang boleh diterima sebagai keterangan dalam hal-hal yang berikut-
(a)
apabila naskah asalnya ditunjukkan atau ternyata sebagai ada dalam milikan atau di bawah kuasa-
(i) orang yang terhadapnya dokumen itu hendak dibuktikan;
(ii) seseorang yang ada di luar kuasa atau yang tidak tertakluk kepada proses Mahkamah; atau
(iii) mana-mana orang terikat di sisi undang-undang supaya mengemukakannya, dan setelah diberi notis yang tersebut dalam seksyen 53 orang itu tidak mengemukakannya;
(b)
apabila kewujudan, keadaan atau kandungan naskah asalnya telah dibuktikan sebagai telah diakui secara bertulis oleh orang yang terhadapnya ia dibuktikan atau oleh wakilnya, di hadapan Hakim atau Pesuruhjaya Sumpah yang beragama Islam;
(c)
apabila naskah asalnya telah musnah atau hilang atau apabila pihak yang membawa keterangan mengenai kandungannya tidak baleh mengemukakannya dalam masa yang berpatutan kerana apa-apa jua sebab lain yang tidak terbit daripada kemungkiran atau kecuaiannya sendiri;
(d)
apabila naskah asalnya berkeadaan yang ia tidak baleh dialih dengan mudah;
(e)
apabila naskah asalnya adalah suatu dokumen awam mengikut pengertian seksyen 57;
(f)
apabila naskah asalnya adalah suatu dokumen yang salinannya yang diperakui dibenarkan diberi sebagai keterangan oleh Enakmen ini atau oleh mana-mana undang-undang lain yang berkuatkuasa pada masa itu dalam Malaysia atau mana-mana bahagiannya;
(g)
apabila naskah asalnya mengandungi berbilang akaun atau dokumen lain yang tidak boleh diperiksa dengan mudah di Mahkamah dan fakta yang hendak dibuktikan ialah kesimpulan secara am mengenai kesemuanya itu.
(2) (a)
Dalam hal yang tersebut dalam perenggan
(a), (c)
dan
(d)
subseksyen (1), apa-apa keterangan sekunder mengenai kandungan dokumen itu boleh diterima.
(b)
Dalam hal yang tersebut dalam perenggan
(b)
subseksyen (1), pengakuan bertulis di hadapan Hakim atau Pesuruhjaya Sumpah yang beragama Islam boleh diterima.
(c)
Dalam hal yang tersebut dalam perenggan
(e)
atau
(f)
subseksyen
(1),
hanya salinan dokumen itu yang diperakui boleh diterima.
(d)
Dalam hal yang tersebut dalam perenggan
(g)
subseksyen
(1),
keterangan boleh diberi tentang kesimpulan secara am mengenai dokumen itu oleh mana-mana orang yang telah memeriksanya dan yang mahir dalam pemeriksaan dokumen seperti itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.