ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VII
BAB XXVII
Perkara Am



Seksyen 218. Perintah membayar kos pendakwaan dan pampasan.

(1) Mahkamah yang mensabitkan seseorang mengenai suatu jenayah atau kesalahan boleh memerintah supaya dia membayar sejumlah wang yang ditetapkan oleh Mahkamah sebagai pampasan kepada seseorang atau wakilnya yang telah mengalami kerugian atau kerosakan mengenai tubuh badan, watak atau hartanya disebabkan oleh jenayah atau kesalahan yang dihukumkan itu.

(2) Mahkamah hendaklah menentukan kepada siapa jumlah wang yang ditetapkan sebagai pampasan itu harus dibayar dan peruntukan seksyen 219 hendaklah dikenakan kepada perintah yang dibuat di bawah seksyen ini.

(3) Kadar jumlah yang dibayar kepada seseorang atau wakilnya di bawah perintah membayar pampasan, tuntutan orang itu atau wakilnya untuk mendapat gantirugi akibat dari jenayah atau kesalahan itu hendaklah dianggapkan diberi dengan memuaskan, akan tetapi perintah itu tidak menyentuh hak orang itu membawa tuntutan mal untuk mendapat balik harta atau untuk mendapat gantirugi lebih daripada jumlah pampasan yang diberi oleh perintah itu.

(4) Rayuan boleh dibuat terhadap semua perintah yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah di bawah seksyen ini kepada Mahkamah Tinggi Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.