ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 54. Anggapan mati.

(1) Jika suami seorang perempuan telah mati, dipercayai telah mati atau telah tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama tempoh empat tahun atau lebih dan hal keadaan adalah sebegitu sehingga ia patut bagi maksud membolehkan perempuan itu berkahwin semula, dianggap mengikut Hukum Syarak sebagai telah mati, tetapi perakuan mati di bawah Ordinan Pendaftaran Lahir dan Mati itu tidak dapat diperolehi, Mahkamah boleh atas permohonan perempuan itu dan selepas apa-apa penyiasatan yang wajar, mengeluarkan dalam borang yang ditetapkan suatu perakuan menganggap suami itu telah mati, dan Mahkamah boleh atas permohonan perempuan itu membubarkan atau memfasakhkan perkahwinan itu mengikut seksyen 53.

(2) Perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai Perakuan kematian suami dalam pengertian seksyen 14(4)(b).

(3) Dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam subseksyen (1), seseorang perempuan tidak berhak untuk berkahwin lagi tanpa perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), walaupun Mahkamah telah memberi izin untuk menganggap kematian suami.

(4) Perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah didaftarkan seolah-olah ianya mewujudkan perceraian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.