ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 70. Nafkah sementara.

(1) Jika Mahkamah berpuashati bahawa terdapat alasan-alasan untuk membayar nafkah, Mahkamah boleh membuat suatu perintah terhadap suami bagi membayar nafkah sementara yang akan berkuatkuasa dengan serta merta dan terus berkuatkuasa sehingga perintah Mahkamah dibuat atas permohonan untuk nafkah.

(2) Suami boleh menyelaraskan nafkah sementara yang dibayar dengan jumlah yang diperintah supaya dibayar untuk nafkah di bawah perintah Mahkamah, dengan syarat bahawa jumlah yang diterima oleh isteri, setelah ditolak apa-apa potongan, adalah cukup untuk keperluan asasnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.