ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 55. Perlindungan Hakim, pegawai Mahkamah, dll.

(1) Tiada seorang pun Hakim Syarie atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah boleh didakwa di mana-mana Mahkamah atau mahkamah sivil bagi sesuatu perbuatan yang dilakukan atau diperintah dilakukan olehnya dalam menjalankan tugas kehakimannya, sama ada di dalam had bidangkuasanya atau tidak, juga tiada apa-apa perintah bagi kos boleh dibuat terhadapnya, dengan syarat bahawa dia pada masa itu dengan suci hati mempercayai bahawa dia mempunyai bidangkuasa untuk melakukan atau memerintahkan perbuatan yang diadukan itu.

(2) Tiada pegawai mana-mana Mahkamah atau seorang lain yang terikat untuk melaksanakan waran atau perintah yang sah disisi undang-undang yang dikeluarkan oleh Hakim Syarie atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah boleh didakwa dalam mana-mana Mahkamah atau mahkamah sivil kerana melaksanakan waran atau perintah tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.