ENAKMEN 4 TAHUN 2006
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006

BAHAGIAN IV-MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 55. Penubuhan Mahkamah Syariah

(1) Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah, selepas berunding dengan Majlis, boleh melalui Pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah bagi Negeri Perlis di tempat-tempat yang difikirkannya patut.

(2) Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah, selepas berunding dengan Majlis, boleh melalui Pemberitahuan dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Tinggi Syariah bagi Negeri Perlis.

(3) Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah, selepas berunding dengan Majlis, boleh melalui Pemberitahuan,dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Rayuan Syariah bagi Negeri Perlis.

(4) Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah, selepas berunding dengan Ketua Hakim Syarie, boleh menetapkan secara bertulis suatu kod etika yang mesti dipatuhi oleh semua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.