ENAKMEN 3 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1982

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 22. Peraturan bersaling dengan lain-lain Negeri.

(1) Jika Qadhi di bawah peruntukan mana-mana Enakmen yang sedang berkuatkuasa dalam Negeri-negeri yang disenaraikan dalam Jadual Pertama telah mengeluarkan saman menghendaki mana-mana orang supaya hadir di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah dalam Negeri tersebut dan orang itu dipercayai ada dalam Negeri Kelantan, maka Qadhi bolehlah mengendorskan saman dengan namanya dan saman itu bolehlah disampaikan kepada orang yang tersebut seolah-olah saman itu dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah peruntukan Enakmen ini.

(2) Di mana Qadhi di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa dalam mana-mana Negeri yang disenaraikan dalam Jadual Pertama telah mengendorskan saman menghendaki mana-mana orang hadir di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah dalam negeri Kelantan dan orang itu dipercayai ada dalam Negeri tersebut, mana-mana Pendaftar atau Qadhi dalam Negeri tersebut bolehlah mengendorskan saman dengan namanya dan saman itu bolehlah disampaikan kepada orang yang tersebut seolah-olah saman itu dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah peruntukan Enakmen ini.

(3) Raja bolehlah dengan perintah yang disiarkan dalam Warta, menambah, memotong atau meminda Jadual Pertama.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.