ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXVII - DISTRES



Seksyen 199. Waran bailif.

Apabila melaksanakan waran distres mengenai harta yang tertakluk kepadanya, dan tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, bailif hendaklah mempunyai hak, kuasa dan tugas sepertimana waran itu ialah perintah pelaksanaan:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh menyentuh apa-apa soal keutamaan:

Dengan syarat lagi bahawa dalam mana-mana penjualan di bawah suatu waran distres bailif tidak boleh menjual harta lebih daripada yang diperlukan untuk menyelesaikan distres, perbelanjaan, fee, komisyen dan kos tanpa hirau mana-mana perintah pelaksanaan yang mungkin ada dalam tangannya. Bailif boleh selepas penjualan, menyita di bawah perintah itu mana-mana harta yang tertakluk kepadanya yang sepatutnya dilepaskan, atau hasil penjualan mana-mana harta tersebut yang sepatutnya dibayar kepada penghutang penghakiman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.