ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
PERATURAN AM



Seksyen 68. Peguam Syar'i.

(1) Peguam Syar'i boleh hadir dan menjadi wakil dalam mana-mana Mahkamah bagi satu pihak dalam mana-mana pembicaraan.

(2) Jabatan hendaklah menyediakan daftar nama pada tiap-tiap tahun bagi orang-orang Islam yang didapati layak dan berkemahiran dalam Hukum Syarak supaya boleh menjadi Peguam dalam Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen ini. Orang-orang itu hendaklah dikenali sebagai Peguam Syar'i.

(3) Peguam Syar'i tidak boleh hadir dalam mana-mana Mahkamah bagi mana-mana pihak dalam sesuatu pembicaraan melainkan dengan sijil bertulis yang dikeluarkan oleh Jabatan dan telah menjelaskan bayaran yang ditetapkan. Sijil yang demikian hendaklah dikeluarkan tiap-tiap tahun dan ditandatangani oleh Yang Dipertua.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.