ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN III - BAITUL-MAL, ZAKAT DAN FITRAH DAN WAKAF
BAITUL-MAL



Seksyen 31. Kuasa Bendahari memanggil orang-orang dengan saman dan meminta dokumen.

Bendahari boleh memanggil dengan saman sebarang orang datang kehadapan yang boleh terkena membayar wang-wang yang terhak kepada Baitul-Mal itu dan sebarang orang yang dipercayai telah mengambil milik atau telah menjalankan kuasa sebarang bahagian daripada harta pesaka seorang Islam yang mati, atau sebarang orang yang dipercayai ada berhutang kepada orang yang mati itu atau sebarang orang yang dipercayai boleh memberi kenyataan tentang harta pesaka itu. Bendahari boleh memeriksa orang yang demikian itu berkenaan dengan tanah dan rumah dan boleh berkehendakkan dia mengadakan sebarang surat-surat yang ada di dalam kuasanya atau simpanannya berkenaan dengan rumah dan tanah itu. Sebarang orang yang dipanggil dengan saman yang demikian itu yang tiada dapat hadir di hadapan Bendahari itu pada waktu yang ditentukan dengan tiada memberi sebab-sebab yang menasabah atau enggan menjawab atau tidak menjawab dengan benar sebarang pertanyaan yang disoalkan kepadanya atau tiada dapat atau enggan mengadakan sebarang surat bagaimana yang tersebut dahulu boleh dikenakan denda yang tiada lebih daripada satu ratus ringgit dan dalam perkara suatu kesalahan yang berkekalan suatu denda lagi yang tiada lebih daripada sepuluh ringgit bagi tiap-tiap sehari dalam tempoh kesalahan itu kekal dilakukan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.