ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2004
BAHAGIAN IV - PEMBATALAN WASIAT
Seksyen 16. Perbuatan yang tidak boleh dianggap pembatalan wasiat.
Pewasiat tidak boleh dianggap membatalkan wasiatnya semata-mata kerana—
(a)
penafian wasiat itu oleh orang lain;
(b)
perubahan yang dilakukan pada bentuk harta yang dibekues; atau
(c)
dia melakukan apa-apa perbuatan atau penambahan kepada korpus harta yang dibekues itu, jika perbuatan atau penambahan itu tidak merupakan sesuatu yang bebas dengan sendirinya, kecuali terdapat bukti, sama ada dengan
qarinah
atau
‘urf
, untuk menunjukkan bahawa dengan perbuatan atau penambahan itu, dia berniat untuk membatalkan wasiatnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.