ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN XXV - SYURAKH ( INTERPLEADER )
Seksyen 186. Aturcara.
(1) Satu permohonan untuk syurakh hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan.
(2) Jika pemohon telah dituntut, permohonan itu hendak difail dalam tempoh 5 hari selepas penyampaian saman.
(3) Satu salinan permohonan hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap orang
(termasuk mana-mana plaintif dalam tindakan pemohon) yang dipercayai oleh pemohon sebagai orang yang menuntut.
(4) Tiap-tiap penuntut yang telah disampaikan saman, kecuali plaintif dalam tindakan terhadap pemohon, hendaklah sebelum pendengaran memfailkan satu notis bahawa dia tidak membuat apa-apa tuntutan atau memberi butir-butir tuntutannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.