ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II
Pihak Berkuasa Dalam Hal Ehwal Agama



Seksyen 29. Kuasa Mufti.

Mufti hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Besar berkenaan dengan semua perkara Hukum Syarak, dan dalam semua perkara tersebut hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di Negeri Sembilan selepas Yang di-Pertuan Besar, kecuali jika diperuntukkan sebaliknya dalam Enakmen ini.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.