ENAKMEN 4 TAHUN 1997
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1997

BAHAGIAN VIII - PERKARA AM



Seksyen 57. Pemansuhan.

(1) Bahagian VIII Enakmen Pentadbiran selain daripada seksyen 142, hendaklah terhenti terpakai bagi Negeri Johor dan setakat itu hendaklah disifatkan telah dimansuhkan.

(2) Walaupun Bahagian VIII Enakmen Pentadbiran dimansuhkan ("Bahagian termansuh") segala prosiding di bawah Bahagian termansuh itu, termasuk apa-apa rayuan daripada mana-mana Mahkamah di bawah Bahagian termansuh itu, hendaklah diteruskan seolah-olah Enakmen ini tidak diluluskan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.