ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN VI - MASJID DAN TANAH PERKUBURAN



Seksyen 65. Sekatan membina masjid.

(1) Tiada seseorang boleh, tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis, mendirikan apa-apa bangunan yang hendak digunakan sebagai masjid, atau selainnya menggunakan mana-mana bangunan untuk tujuan-tujuan sesuatu masjid, atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana bangunan digunakan sebagai masjid.

(2) Majlis tidak boleh memberi kebenarannya di bawah subseksyen (1), melainkan jika tapak bangunan bagi masjid yang dicadangkan itu telah dijadikan wakaf yang berkekalan.

(3) Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1), adalah bersalah atas suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan bangunan itu hendaklah dilakukan sebagaimana diperintahkan oleh Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.