ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
BILA PENGHAKIMAN MAHKAMAH RELEVAN



Seksyen 28. Penghakiman dahulu adalah relevan bagi menggalang guaman atau perbicaraan yang kedua.

Kewujudan sesuatu penghakiman, perintah atau dekri yang pada sisi undang-undang menggalang mana-mana Mahkamah daripada mengambil kognisans tentang suatu guaman atau daripada mengadakan suatu perbicaraan adalah suatu fakta relevan apabila soalnya ialah sama ada Mahkamah itu patut mengambil ketahui tentang guaman itu atau patut mengadakan perbicaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.