ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XXIX - KOS, ELAUN DAN FEE MAHKAMAH



Seksyen 219. Fee Mahkamah.

(1) Fee seperti yang disenarai di dalam Jadual Keempat hendaklah dikenakan kepada semua tindakan, hal dan prosiding di dalam Mahkamah.

(2) Semua fee tersebut hendaklah dibayar dengan wang tunai ringgit Malaysia:

Dengan syarat bahawa dalam prosiding oleh atau terhadap Majlis Agama Islam atau Kerajaan Negeri Melaka, Majlis Agama Islam atau Kerajaan Negeri Melaka tidak diperlukan membayar apa-apa fee Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.