ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN XVII - PERBICARAAN



Seksyen 118. Nota keterangan.

Mahkamah hendaklah mencatatkan keterangan yang diberi dan sekadar yang difikirkan patut, hujjah undang-undang yang dibuat, termasuklah mana-mana bantahan kepada keterangan, dan boleh mencatatkan pandangannya terhadap tingkahlaku saksi dan perkara-perkara lain yang material. Mahkamah kecuali jika ia memberi hukuman bertulis, hendaklah juga membuat nota hukuman atau perintahnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.