ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991


Tajuk Panjang dan Mukadimah
SEBAGAI TANDA PERSETUJUAN DAN
KEBENARAN KAMI DAN UNDANG YANG
EMPAT SERTA TUNKU BESAR TAMPIN.
(MOHOR KERAJAAN)
TUANKU JA'AFAR,
Yang di-Pertuan Besar,
Negeri Sembilan Darul Khusus
30hb Mei 1991

Suatu Enakmen bagi memperuntukkan undang-undang berkaitan dengan penguatkuasaan dan pentadbiran Undang-undang Islam, penubuhan dan organisasi Mahkamah Syariah dan memperuntukkan perkara-perkara lain yang berkaitan di Negeri Sembilan.
[ ]

MAKA INILAH DIKANUNKAN UNDANG-UNDANG oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri seperti berikut:




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.