BAHAGIAN IV - HUKUMAN (PENALTI) DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKAD NIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN
(2) Pendaftar hendaklah menandatangani dan mentarikhkan pembetulan yang dibuat dalam surat perakuan nikah itu dan dalam Daftar Perkahwinan tempatan itu. (3) Tiap-tiap catatan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah diakusaksi oleh saksi-saksi yang di hadapannya catatan itu telah dibuat. (4) Suatu salinan pembetulan itu yang diperakui hendaklah dihantar dengan segera kepada Ketua Pendaftar supaya suatu pembetulan yang serupa dibuat dalam Daftar Perkahwinannya.