ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXIV - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNGAN DENGAN KETERANGAN



Seksyen 193. Notis hendaklah diberi bagi pembelaan alibi.

(1) Jika dalam mana-mana perbicaraan jenayah tertuduh bertujuan untuk mengemukakan pembelaan alibi, keterangan yang menyokongnya tidak boleh diterima melainkan jika tertuduh itu telah memberi notis secara bertulis mengenainya kepada pendakwa tidak kurang daripada sepuluh hari genap sebelum perbicaraan itu dimulakan.

(2) Notis yang dikehendaki oleh subseksyen (1) hendaklah termasuk butir-butir mengenai tempat di mana tertuduh itu berkata dia berada pada masa perlakuan kesalahan yang dengannya dia dipertuduhkan, berserta dengan nama-nama dan alamat-alamat mana-mana saksi yang dia bercadang hendak memanggil bagi maksud membuktikan alibi nya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.